Kerajaan Sepanyol mengucapkan tahniah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Pakatan Harapan atas kemenangan mereka dalam pilihan raya umum dan negeri yang diadakan pada 9 Mei.
Kerajaan Sepanyol juga mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia atas kematangan mereka semasa proses pemilihan berlangsung dan mengiktiraf pilihan mereka yang telah dibuat secara demokratik.
Sepanyol mengulangi hasratnya untuk terus mengukuhkan ikatan persahabatan dan jalinan kerjasama antara rakyat dan Kerajaan kedua-dua negara.
---
The Government of Spain would like to congratulate the recently invested Prime Minister of Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, and his coalition Pakatan Harapan, for their victory in the general and state elections held on 9 May.
Likewise, the Government congratulates the Malaysian people for their exemplary conduct in the development of the electoral process and recognises their democratically expressed will.
Spain reiterates its intention to continue strengthening the bonds of friendship and to foster cooperation and collaboration between both peoples and Governments.
-NON OFFICIAL TRANSLATION-